Selasa, 7 Ogos 2012

Muhasabah Diri

Termenung sejenak.. Mungkinkah sedang memuhasabah diri?

Setelah penat seharian berhempas pulas mencari rezeki di lautan.. Petang adalah waktu yang amat sesuai untuk membubbu pukat, mencari jaringan-jaringan yang 'carik' dan robek. Membaikinya untuk digunakan keesokan hari bagi memastikan ia mampu berfungsi dengan baik..

Notes :

Sepatutnya kita sebagai manusia yang dicipta dengan kelemahan, tidak lekang daripada melakukan dosa perlu setiap hari beristifar dan membaiki diri untuk menjadi lebih baik..

Salam Ramadan.. Semoga tahun ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.. Marilah kita membaiki diri, muhasabah diri.. dan memohon keampunan daripada Allah swt. Semoga Ramadhan dapat membimbing kita membersih diri.. menservis hati..

" Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku, maka Aku akan peruntukkan baginya kehidupan yang sempit " (Surah Thoha : ayat 124)

Tiada ulasan: