Selasa, 7 Ogos 2012

Alam Indah

Alam kanak-kanak sangatlah indah.. andai diberi pilihan, ingin ku kembali pada zaman itu.. zaman yang penuh dengan kegembiraan, gelak tawa.. bebas dari dosa dan noda..

Potret Diri


Penulis mengabdikan keindahan dengan menggunakan mata pena..

Pelukis melakarkan keterujaan diri dalam sebuah lukisan..

Fotografer pula merakamkannya dengan menggunakan lensa kamera..

Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengabadikan keterujaan mereka..

Dan itulah dinamakan seni..

Muhasabah Diri

Termenung sejenak.. Mungkinkah sedang memuhasabah diri?

Setelah penat seharian berhempas pulas mencari rezeki di lautan.. Petang adalah waktu yang amat sesuai untuk membubbu pukat, mencari jaringan-jaringan yang 'carik' dan robek. Membaikinya untuk digunakan keesokan hari bagi memastikan ia mampu berfungsi dengan baik..

Notes :

Sepatutnya kita sebagai manusia yang dicipta dengan kelemahan, tidak lekang daripada melakukan dosa perlu setiap hari beristifar dan membaiki diri untuk menjadi lebih baik..

Salam Ramadan.. Semoga tahun ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.. Marilah kita membaiki diri, muhasabah diri.. dan memohon keampunan daripada Allah swt. Semoga Ramadhan dapat membimbing kita membersih diri.. menservis hati..

" Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku, maka Aku akan peruntukkan baginya kehidupan yang sempit " (Surah Thoha : ayat 124)

Ahad, 15 Julai 2012

Harta Paling Berharga

Harta yang paling berharga adalah anak-anak soleh.. Soleh bukan pada melangitnya pendidikan dunia.. bukan pula banyak hartanya..

Notes :

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

[Gambar : Pok Mang dan Anak-Anak]

Manusia Itu Dicipta Berbeza


Manusia itu diciptakan dengan kepelbagaian rupa paras.. kelainan ciri-ciri fizikal.. perbezaan budaya dan bangsa.. serta perbezaan cita dan rasa.. Perbezaan dan kelainan mereka menjadikan setiapnya adalah unik dan tersendiri..

Notes : Kalaulah setiap manusia itu sifatnya sama.. citarasa sama.. tidaklah terhasil pelbagai jenis kain di pasaraya.. ♥ :P

[Kedai Kain Pasar Kedai Payang]

Sabtu, 14 Julai 2012

Orang Asli Malaysia

Setitik Dakwat Mampu Membuat Orang Berfikir Tentangnya


Anak Itu Seperti Kain Putih

"Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi …" [Bukhari dan Muslim]

Notes :

Ibnu Abbas meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, "Ajarkanlah kepada anak-anak kalian pada permulaan bicaranya ucapan ‘laailaha illallah’ dan ajarilah ia agar di akhir hayatnya mengucapkan ‘lailalaha illallah’."